Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan di bumi matahari terbit

 Salam readers. First.. selamat berpuasa untuk semua bagi mereka yang beragama islam. Bagi yang bukan, selamat menikmati juadah-juadah sedap yang dijual di bazar-bazar ramadhan atau kalau rasa nak cuba berpuasa, apa salahnya.

 Ramadhan kali ini, mungkin ramadhan yang sedikit mencabar bagi aku. Mungkin aku bakal tidur paling lama 4 jam saja. Sekarang sudah masuk musim panas di sini, dan panas di jepun ni lain macam sikit... sepanas-panas Malaysia, aku masih boleh tahan. Tapi insyaAllah, bila kenang-kenang tahun lepas punya Ramadhan okke aje. Boleh aje berpuasa dengan jayanya. Yang berbezanya, aku sekarang sibukk tak ingat.  Jangan nanti esok lusa aku terminum air depan kawan-kawan jepun aku tu  dah la. Malu kot. Mereka pun tahu, bulan ramadhan, muslim tak makan di siang hari. Apa nak explain pulak nnt kan?

 Kat sini  tak ade la bazar-bazar bagai tu kan... tapi insyaAllah la, akan di buat majlis berbuka puasa atau nama lainnya iftar akan dibuat sepanjang ramadhan. Alhamdulillah. Murah rezeki. Semoga ramadhan kali ini diberkati. Aku disini berjuang, tapi yang pasti susah macam mana pun perjuangan aku ini takkan sampai adanya darah jatuh membasah tanah. Semoga, mereka yang sekarang masih berjuang di Syria, Mesir, Palestin dll ..teruskan perjuangan. Sebak dada bila teringatkan mereka, dalam masa yang sama aku kagum. Bertahun-tahun berjuang tapi tak pernah ada jemu. Ganbatte.

 Last, untuk si muslim.. tak perlu lah nak maki hamun pada si non muslim kalau depa pun nak menyibuk sama kat bazar tu. bazar tu bukan Hak awak pun, bukan Hak Melayu pun, bukan Hak Ayah awak pun. Biar la, mereka nak join sama. Mana tahu, ada rezeki.. terbukak hati ke selepas tengok perangai-perangai ELOK kita yang muslim di bazar ramadhan tu ke. Kan?


 Selamat menahan diri. Semoga selepas ini kita mampu jadi insan yang lebih baik. 

8 comments:

  1. kalau terminum cakapla terbabas...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kang x pasal-pasal bertahun jadi bahan

      Delete
  2. Selamat berpuasa. Ehehe

    *ooo... kat Jepun yeark... have fun. N take care. :)

    ReplyDelete
  3. Patut la lama dh x post..sibuk manjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. nk wat mcm mane. Selamat berpuasa deeze!

      Delete
  4. puasa kt malaysia pun byk dugaan, inikan pula puasa kt jepun kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sekarang musim panas yop. faham saja lah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...