Wednesday, August 21, 2013

tipikal.

 Mereka ini, didepan kau kata-kata manis diluahkan.. nampak jujur dan ikhlas. Baik orangnya. Tapi jaga-jaga, bila mereka dah telan arak... masa tu kita tengok peribadi sebenar. Pagi tadi puji-puji, selepas minum-minum keluar kahak hitam yang jauh dia simpan dalam hati. Nice. Tipikal mereka ini, bukan hanya orang asing seperti aku yang tak suka, mereka sendiri sama sendiri pun tak suka.. tapi masing-masing buat diam. 

 Ada seorang mamat dari bangladesh, yang dulunya bekerja di sini tapi sekarang buka restoran halal berdekatan dengan masjid Itaewon, korea. Katanya, dia tak mampu nak hidup dengan masyarakat macam ni. "they are sick inside" .. shit, aku ingat lagi apa dia cakap. Mungkin mereka sudah faham, sudah masak dengan budaya sebegitu. Jaga hati, mungkin.. atau penakut. Benarlah kata guru bahasa aku dulu... 10tahun kau berkawan dengan dia.. belum tentu dia mengaku kau tu kawan. Hati mereka ni berlapis-lapis.. Kau takkan dapat agak apa sebenarnya yang mereka rasa, fikir pasal kau. Itu,Si Jepun.

 Aku tak suka orang macam ni, tapi fikir-fikir perangai mereka ni.. lebih kepada sabar, jaga hati, jaga perpaduan.. Mereka melepaskan kahak itu pun, setelah mabuk macam bangang. Kalau tak mabuk, aku rasa maintain aje kot. Simpan dalam hati. Well, mereka bukan islam, that is why mereka minum. No hal lah. Tapi, kita nih dah la islam, tak minum pun level sama macam si jepun yang mabuk. Kalau lah "mabuk" itu dibenarkan dalam islam agaknya, macam mana lah kita. Hurm? macam mana? 

 

7 comments:

  1. Alhamdullilah kita sebagai Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sebagai islam, apa yang kita buat untuk mereka ? :)

      Delete
  2. Assalamualaikum.

    Urmm..ak rasa yong, jika mabuk dibenarkan dalam islam..lagi teruk lah kita dari yg bukan beragama islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan agama yang membezakan teruk seseorang tu..

      Delete
    2. Tinta Lana : kemungkinan besar. Tak mabuk pun dah boleh bergaduh pasal politik,boleh main parang kalau tak puas hati.Kalau mabuk?

      Deeze : Yang penting hati mesti mau baik maa

      Delete
  3. Bukan kita layan foreigners sama ke mcmana dia layan kita?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...