Sunday, May 12, 2013

budak dan bapak budak

  Salam readers. Bagaimana hari anda hari ni? dah wish selamat hari ibu kat ibu anda? Bagi yang masih ada, wish la... walaupun dengan hanya sekeping sms. Mungkin dengan sekeping sms tu cukup untuk buat ibu mu tersenyum sepanjang hari. Hehe.. Sebenarnya, bukan itu topik yang aku nak cerita.Cerita pasal ibu pada hari ibu itu terlalu mainstream. hihi

  Aku tengok sekarang nih lah.... sesetengah budak-budak sekarang ni, lebih gemarkan gadget berbanding mainan. Mungkin zaman pun dah mula berubah kan? Masa zaman aku dulu.... rasanya, kalau girls tak habes-habes la dengan patung yang mata automatik terbukak and tertutup tu, dengan main masak-masak, dan boys dengan kereta dashankuro nya , dengan figura-figura power rangers,ultraman, masked rider..kan? Tapi budak- budak sekarang dah tak layan dah semua tu. Umur 3,4 tahun pun dah nak pegang ipad aje. Dah tak minat benda-benda yang kita minat dulu-dulu.

 Tapi yang peliknya sekarang, ada la jugak sesetengah diantara aku ni.. yang sebaya, mahupun lebih tua.. masih lagi berminat dengan mainan-mainan seperti remote car, figura-figura, dan lain-lain. Terutamanya LELAKI. Aku tak tahu lah nak describe orang macam ni macam mana. Apa yang mereka buat tu rasanya tak salah, dan tak menggangu orang kot. Tapi..... aku terfikir, nanti kalau anak dia ni dah besar.. anak dia nih macam mana ya? Ayah minat mainan.. Adakah anak akan minat mainan jugak?

 Bukan apa... Aku hidup dekat sini, yang terlalu ramai golongan otaku. Setakat figura gundam tu tak ada apa sangat lah. Ade yang sampai satu bilik dia tu penuh dengan figura-figura aje. Then aku terfikir la... Nanti kalau dah kawen, macam mana.... la tu. Nanti kalau dah ada anak .. macam mana..... la tu.
 
  Oh ya, nak habaq skit.. otaku tu.. bukan hanya bermaksud golongan yang taksub kat anime aje. Tapi bermaksud, "golongan-golongan yang terlalu obses terhadap sesuatu"...  Kat malaysia kita pun banyak jugak otaku.si pakcik2 yang tak abes-abes berkempen politik, gegurl yang tak pernah puas beli kasut... tak perasan ke? hahahahahahaha. ok bye

10 comments:

  1. Dulu duit raya aku beli mainan batman..bilik aku dgn tilam dan bantal aku imaginasikan sebagai bat cave..sekarang aku xbeli..gadjet pun aku x ambil peduli.Cuma salah satu hobi aku pergi kat toy's r us..lihat mainan2 di sana buat aku sejuk hati..dan terfikir..kalau la aku lahir pada zaman ni.mainan makin canggih..dan harga semakin murah..ops..lupa..murah tu sbb aku bergaji.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... batman pun jd blogger dah sekarang ye?

      Delete
  2. oitt ko jangan nak mengata eh
    aku sampai la ni suka beli kasut dan
    suka kumpul anak patung..
    sat kalau ada masa aku buat entry anak patung...

    ReplyDelete
  3. stakat ni xde lagi minat or obses apa2 sbb cepat bosan.. but, kalo dah tua pn ok ape main sama2 ngan anak, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut ayah berebut mainan ngan anak2 je nanti. hahaha

      Delete
  4. kadang2 minat diaorg ni sangat costly.. tapi asalkan puas hati, ok je kalau mampu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kadang2 elok la jugak, x ganggu orang lain.

      Delete
  5. org berbeza2 baru la cool

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...