Sunday, May 5, 2013

Risau tahap gaban

  Tak tenang hati malam nih.. aiseh. Pasal PRU la nih.. ceh.. lepas2 magrib aku caw ambil angin dengan skuter aku yang meletop-letop nih. Rileks aje parking dalam taman yang tak boleh bawak masuk kenderaan kat dalam tu.Ambil angin malam kan? sorang-sorang pulak tu sambil risaukan insan tersayang. tuu dia.

  Aku risau tentang apa yang akan terjadi esok, luse... dan 5 tahun akan datang selepas ini. Segala isu yang aku timbulkan di blog ini sekali pun, tak ada kait-kait sangat dengan pihak mana-mana. Tapi hanya pandangan dari akal sendiri untuk kesedaran masing-masing tentang apa yang kita lalui sekarang dan bakal lalui kalau benda ini berterusan. Aku risau nasib agama aku, nasib kehidupan aku dan family aku akan datang. Itu saja. Kalau lah aku nak berpolitik betul-betul, dah lama aku tukar warna blog ni jd warna biru atau hijau atau mana-mana lah. Tapi gua tak buat macam tu, sebab bukan itu matlamat gua duk potpet kat sini. Sila bezakan.

  Tadi kecoh pasal video tragedi berdarah tu.. Haih, tengok lah... itu belum lagi tahu keputusan PRU. Kalau dah tahu keputusan PRU nanti, macam mana lah agaknya. Sepatutnya kau bertindak guna akal yang bijak, bukan emosi. Aku tak tahu lah nanti macam mana. Mungkin boleh cetus perang. I mean, perang betul.. mungkin akan main golok dan kapak. Serius.. tak mustahil,aku sedih dengan politik kita. Semua orang jadi emosional, cepat panas baran, cepat maki hamun, cepat sebarkan maklumat yang belum tahu sahih ke tidak.. dan akhirnya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis untuk didengar. Apa-apa pun, kita tunggu aje.

demi masa depan 

5 comments:

  1. Aku tak kisah siapa menang yong..janji keamanan tu dapat terus kita kekalkan..cuma tiada di Malaysia ni tiada yang serius dalam memperjuang alam sekitar..ramai berebut nak tender, nk project.pokok tebang tak terkawal..banyak bukit ditarah..sungai makin kotor..terpaksa aku tembak monyet liar belakang rumah utk keselamatan.err..relevan tak komen aku ni yong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..monyet dah tak aman.. nanti ade monyet buat demo balakang rumah kau. Baru tahu

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Malam PRU tu aku dok ada kat lokasi..tegang, panas, provoke, attack
    sumer ada..kena pulak satu group dgn penyokokng PKR,
    seb baik keta aku depa tak pecahkan..
    kalau apa2 jadi masa tu, aku claim dengan bos aaa
    sbb dia anto aku pi skodeng situ..
    aku sokong kerajaan yg menang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian kita dah capai tahap taksub kaw-kaw dah kat politik nih. sangat giler. takut aku.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...