Monday, December 16, 2013

Sebiji tomatos story. Mangsa

  Minyak, elektrik, toll semua mahu naikkan? tapi aku pelik dengan sesetengah orang ni senang-senang maki hamun "peniaga" yang menaikkan harga barangnya. Kata mereka, memang lah minyak letrik naik, gaji kami ni bukan naik pun.  Der, dalam dunia ni, takde siapa nak hidup susah. Kalau abah kau tu peniaga, konfem abah kau akan naikkan harga jugak walau sedikit. Iya lah, takkan lah disebabkan taknak PEMBELI hidup susah, abah kau nak kurangkan gaji dia yang sekarang nih..

 Contoh yang kalau lembu boleh membaca pun lembu tu boleh faham lah, Pak mael ni tanam tomato. dulu dia jual tomato sebijik 20sen. Nak tanam tomato tu, perlu baja. Dulu baja tu rm15/kg. Sekarang ni dah jadi rm20/kg. Jadi, nak taknak.. Pak mael naikkan lah harga sebijik tomato dia tu kepada 22sen sebijik. 

 Pak Kamal pulak, pemborong tomato dari pak mael ni. Dia beli tomato tu, then dia jual kat pasar raya Eng Hong kat tepi stadium kuantan tu. Dari rumah pak Kamal nak ke Pak Mael makan masa dalam 15minit jugak la kalau pergi dengan van dia tu. Dulu kos minyak untuk perjalan dari rumah pak mael ke rumah adalah dalam rm5. Sekarang dah bertambah dah, jadi rm6.50. Itu baru ke rumah Pak mael, belum lagi kos minyak untuk sampai ke pasara Eng Hong tu.  Dulu, Pak kamal ni jual kat pasaraya Eng Hong, 25sen sebijik. Sekarang ni, terpaksa lah dia jual dalam 35sen sebijik. 

 So, Cheng ni tauke pasaraya Eng Hong lah.. Dia pun pasrah aje la kan, kalau tak beli dengan Pak kamal tu, kat lain lagi lah mahal. Eletrik naik, air pun naik.. Dulu kalau Cheng jual tomato tu 30sen sebijik, sekarang ni terpaksa lah dia jual 40sen sebijk. Tapi kesian la kat Cheng. Yang orang satu kuantan tu nampak, Cheng ni cekik darah. Dasar cine tak guna kata mereka. Tahi betul.

  Faham tak? kalau dah benda keperluan asas yang naik harga.. semua benda akan naik. Logik je. Kalau kereta ferrari sahaja yang tiba-tiba naik harga 20% sebab tiba-tiba jadi kegilaan minah kpop. Barang-barang kat Malaysia tak akan naik kot. Itu bukan keperluan asas. Itu saja. 

 Aku bukan nak angkat kaum cina. Just nak bagi contoh aje la.. macam mana pemikiran tipikal rakyat kita sekarang ni macam mana. Dulu gaji Pak mail yang tanam tomato tu, rm1000/bln. Tapi kalau la dia tak naikkan harga tomato 2sen sebijik tu..pendapatan dia mungkin berkurang jadi rm 800/bln. Dia pulak hidup makin susah. Sedangkan dia pun guna eletrik, gula, petrol dan lain-lain.  Ini point aku. Jangan lah asyik tunding jari kepada peniaga. Mereka pun sama macam kita. Mangsa.


6 comments:

  1. Yup..Kos barang mentah naik maka harga jual kena naik kalau tidak tiada keuntungan. Alaa...basic business math jee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. basic je.tapi.. hurm ntah la. ada yang tak nak guna akal lebih sikit sebelum tuduh menuduh tu.

      Delete
  2. Kalau plan financial betul2..mesti boleh..

    ReplyDelete
  3. *angguk2

    Setuju half darinya... tapi ada juga yg ambil kesempatan 'bukan2' dari harga yg kian mencanak. Contohnya hari ni gov kata minyak naik. Esok pagi kuih yg harga rm1 dah jadi rm2. Well tepung yg buat kuih tu masih guna stok lama. Harga kuih naik double up pulak.. chinese tea yang sebelum ni harga rm0.50 dah jadi rm1 lak..

    Kalau 3 -4 minggu baru naik harga myb leh terima la.. ni on the sport.

    Apa pun kalau saya berniaga esok.. ceritanya sama gak barangkali hahahaha..


    Nong andy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Nak naik tak apa.. tapi kalau harga minyak, kadar letrik tu dah turun.. pandai-pandai la kan. Takkan nak makan riba sampai debab.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...