Tuesday, January 7, 2014

pbsm, cpr, capati dan pondan

    Aku dulu sekolah rendah, pbsm je.Entah kenapa, mungkin sebab parents aku tak berkenan sangat dengan pengakap nih, pastu dari kecik duk suruh jadi doktor. Mungkin sebab tu aku masuk PBSM kot. Ok lah.. dapat lah jawatan as komander time kawad tu. Darjah 6 kot. Ape lah sangat.

   Tapi bila masuk sekolah menengah, start masuk kadet polis. Tapi oleh kerana cikgu yang handle kadet polis nih jenis yang macam berat sebelah, mereka yang berpangkat pula menipu mereka yang muda-muda, maka kami ramai-ramai lari dari kadet polis next year tu ( time tu form 3) . Mana taknya, kawad kaki setiap petang. Katanya, nanti nak ada latihan menembak guna M-16. So, semangat lah kan semua. Asal dapat menembak, baru lah dapat berlagak dengan budak PKBM. Last-last, hanya mereka yang berpangkat sahaja akan pergi latihan menembak tersebut. Hampeh, janji dah dicapati.

   Last, bila form 4~5 aku join st.john ambulance. Motif dia sbb baju dia smart.. lol.. Tapi ok lah. Aku rasa time tu lah kot baru rasa ilmu yang belajar dalam unit beruniform tu berguna. Sebagai contoh, berapa ramai yang tahu buat cpr. Maksud aku dengan cara yg betul. Bukan main push2 dada, then comolot2 mulut mangsa tu je. Kalau lah mangsa tu ada 20% je lagi chance nak hidup, dengan cpr kau yang silap tekniknya tu.. kau mungkin sebenarnya boleh membunuh dia. Jaga-jaga brader.

  Tapi aku pelik la jugak. Bila jumpa geng2 waktu persediaan before dtg jepun dulu..kaw2 kena bahan bila ckp dulunya pbsm or st.john ambulance. Katanya, geng2 pondan. Tapi sekolah aku, semua jenis taff2 je semua yg masuk st.john ambulance ni. Macam mana tu? haha

6 comments:

  1. aku masuk pengakap sebab kawan aku racun kata ada party tari menari...boleh.

    ReplyDelete
  2. Hahaha..aku dulu lari dr pengakap ke kadet remaja sbb senior2 dr luar ni regging yg lelaki.yg perempuan dia gedik2 mintak no sedangkan pangkat kami lagi tinggi.

    ReplyDelete
  3. huhuhu.

    takde la pondan mana kot...

    cuma takde aktiviti lasak jer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...